Nov 6, 2016

Perkembangan Bahasa Melayu Meniti Sejarah

TahunPeristiwa / Rekod sejarah
644/645Tercatat dalam sejarah China tentang kedatangan utusan dari 'Mo-Lo-Yeu' (berkemungkinan satu daerah di Jambi, Sumatera) untuk mempersembahkan hasil bumi mereka kepada Maharaja
671Pendeta Cina bernama I-Tsing mencatatkan bahawa di Sriwijaya telah ada institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu Kuno sebagai bahasa penghantarnya
683Batu Bersurat bertulisan Pallava di Kaki Bukit Siguntang di Sumatera)
1000Tulisan Bahasa Melayu Kuno di daerah Bangkahulu
1521Orang Italy bernama Antonio Pigafetta berjaya menghasilkan Kamus Melayu
1598Cornelis de Houtman, seorang pelayar Belanda telah menghasilkan Daftar Kata Bahasa di Kepulauan Melayu
1601Kerajaan Acheh memgeluarkan 'Surat Izin Berniaga' dalam tulisan Jawi kepada Sir James Lancaster
1612Surat dalam bahasa Melayu bertulisan jawi oleh Sultan Aceh kepada Raja Inggeris, King James I
1800++Thomas Bowry berjaya menghasilkan Kamus Melayu-Inggeris pada awal abad ke-18.
1817Syarikat Mission Press Melaka memulakan percetakan dalam bahasa Melayu di Melaka
1821Dictionary Of The Malay Language Oleh William Marsden
1822Percetakan dalam bahasa Melayu bermula di Singapura.
1901Kamus Melayu Inggeris Oleh R.J.Wilkinson. Diterbitkan lagi dalam tahun 1908 dan 1932
1902W.G.Shellabear menghasilkan kamus
1913R.O.Winstedt menghasilkan kamus
1928Sumpah Pemuda di Indonesia. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa persatuan di Indonesia pada 28 Oktober 1928. Slogan satu bahasa, satu bangsa, satu negara
1940-anSistem Ejaan Za'ba
Sistem Ejaan Universiti Malaya
Sistem Ejaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Pelita Bahasa Melayu Jilid 3 Oleh Pendeta Za'ba (Zainal Abidin Ahmad)
1952Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pertama (anjuran kerabat Kongres dan Angkatan Sasterawan '50 (ASAS 50), di Special Hall, Sea View Hotel, Singapura, 12-13 April 1952.
1954Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-2 (anjuran ASAS Negeri Sembilan), di Dewan sekolah King George V, Seremban, 1-2 Januari 1954.
1956Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-3, di Pejabat Kerajaan Johor Bahru, dirasmi oleh YTM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1956
Majlis penutup oleh YB Dato' Abdul Razak Hussain, Menteri Pelajaran, di Istana Besar Johor Bahru pada 21 September 1956
Penobatan Bahasa Melayu dalam Penyata Razak
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, 22 Jun 1956
Akta DBP 1959
1960Penyata Abdul Rahman Talib
1961Akta Pendidikan
1967Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967 diluluskan oleh Parlimen pada 3 Mac 1967. Memorandum mengenai Pelaksanaan Fasal 152 Perlembagaan Malaysia, Penetapan Bahasa Kebangsaan (bahasa Melayu) Menjadi Bahasa Rasmi yang Tunggal dikemukakan oleh Tuan Syed Nasir Ismail, Ketua Pengarah DBP. Perhimpunan kira-kira 2,000 orang daripada 120 pertubuhan bahasa, sastera, budaya,pelajar,politik, maktab, universiti dan lain-lain di Balai Budaya DBP, membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967.
1970
  • Penubuhan universiti awam pertama di Malaysia yang mempelopori penggunaan bahasa Melayu dalam semua bidang - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus sementara Lembah Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur, bermula dengan 3 fakulti iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam pada 18 Mei 1970
  • Penubuhan Sekolah Menengah Alam Shah, Jalan Cheras, sekolah menengah aliran Melayu pertama
  • Akta Universiti dan Kolej Universiti
  • Kamus Dewan diterbitkan oleh DBP
1972Penubuhan MBIM (Majlis Bahasa Indonesia- Malaysia). Pengisytiharan Sistem Ejaan Rumi Bersama atau Ejaan Yang Disempurnakan secara serentak antara Malaysia dengan Indonesia oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Hj. Abdul Razak Hussein di Kuala Lumpur dan Presiden Suharto, Indonesia, di Jakarta pada 16 Ogos 1972
1975Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu diterbitkan
1978
  • Peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) dimansuhkan dan digantikan dengan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
  • Bahasa Melayu digunakan dalam jurusan sastera bagi Tingkatan Enam Rendah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris
1980
  • Peperiksaan Malaysian Certificate of Education (MCE) dimansuhkan dan digantikan dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Semua kursus sastera dan yang bersekutu dengannya di universiti bagi tahun satu dikuliahkan dalam Bahasa Melayu
  • Peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dimansuhkan dan digantikan dengan Sijil Tinggi Persekolahan (STP)
1981Bahasa Melayu digunakan dalam semua jurusan sastera, sains dan teknik. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
1982Semua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan/td>
1983Kuliah dalam bahasa Melayu bagi semua kursus Tahun Satu di universiti dalam bidang sastera, sains , kejuruteraan, perubatan dan lain-lain.
1984Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-4, pada 7-10 Disember 1984 di DBP, Kuala Lumpur, majlis perasmian oleh Dato' Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Menteri Pendidikan. Konvensyen Tulisan Jawi Anjuran DBP
1986Dewan Eja – Perisian Komputer Menyemak Ejaan Rumi Bahasa Melayu Tatabahasa Dewan Jilid I
1987Perasmian gerakan Cintailah Bahasa Kita oleh Y.A.B Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur pada 11 Disember 1987
1988Rumusan Sebutan Baku Bahasa Melayu Oleh DBP dan Persatuan Linguistik Malaysia
1993Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan untuk mengizinkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar bagi mata pelajaran sains dan teknologi di institusi pendidikan tinggi di Malaysia, 27 Disember. Badan-badan keluarga Kongres Cendekiawan Melayu (KCM) dan para pejuang bahasa menyediakan memorandum kepada pucuk pimpinan kerajaan Malaysia menentang penggunaan bahasa Inggeris bagi maksud di atas, 28 Disember, (PLM, 18 badan penganjur KCM, GAPENA, Kumpulan 28 Disember)
1995Kongres Bahasa Melayu Sedunia (anjuran DBP), 21-25 Ogos 1995, Hotel Hilton, Kuala Lumpur
1996Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing (anjuran BFSU dan DBP), 20-24 Mei 1996, Beijing Foreign Studies University
1997Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu, MABM Diluluskan dan Dilancarkan Pada Tahun 2000 Dengan Kehadiran Wakil Dari 21 Negara Di Seluruh Dunia
1998Persidangan Pengajian Melayu Sedunia (anjuran DBP dan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya), di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, perasmian oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kamus Telapak BESTA DBP 1, Kamus Elektronik
200812 September Sidang Media 48 Badan Bukan Kerajaan (BBK/NGO) di Yayasan Penataran Ilmu, Kuala Lumpur bertujuan Membantah PPSMI
20097 Mac Perhimpunan dan perarakan 100,000 rakyat ke Istana Negara di Kuala Lumpur mengiringi memorandum membantah PPSMI untuk dipersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
8 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan PPSMI dimansuhkan dan kembali menggunakan Bahasa Melayu di peringkat sekolah.

No comments:

Post a Comment