Nov 6, 2016

Sumpah Setia Bahasa

Sumpah Setia Bahasa telah ditandatangani oleh wakil 48 buah pertubuhan (yang menggelarkan diri mereka sebagai Kerabat Kongres) bersempena dengan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-5 yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka pada hari Sabtu, 2 Mei 1998

Sumpah Setia Bahasa:

Kami, kerabat Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu V 1998, bersumpah akan terus setia memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai:
  • Bahasa yang mencipta kedaulatan bangsa, kesatuan politik, budaya, ekonomi dan pendidikan yang menjamin kelangsungan bangsa Malaysia.
  • Bahasa yang menjaga dan memupuk kebebasan intelektual serta memerdekakan pemikiran bangsa; dan
  • Bahasa yang membawa, memelihara, mencipta, menyalurkan serta mengembangkan ilmu dan kebudayaan di negara dan di dunia.
Sesungguhnya, kami bertekad tidak akan berganjak daripada perjuangan ini.

Kerabat Kongres

Berikut ialah anggota Kerabat Kongres yang melafazkan sumpah bahasa di atas:

Pertubuhan Kebangsaan

  1. Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)
  2. Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
  3. Persatuan Sejarah Malaysia
  4. Persatuan Suluh Budiman
  5. Yayasan Penataran Ilmu
  6. Persatuan Penterjemah Malaysia
  7. Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB)
  8. Persatuan Matematik Malaysia
  9. Persatuan Biologi Malaysia
  10. Persatuan Sains Keadaan Pepejal Malaysia
  11. Akademi Sains Islam Malaysia
  12. Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif
  13. Persatuan Wartawan Melayu Malaysia
  14. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
  15. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  16. Persatuan Ulama Malaysia
  17. Majlis Belia Malaysia
  18. Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)
  19. Persatuan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  20. Persatuan Guru-Guru Bahasa Melayu.

Pertubuhan Negeri

  1. Angkatan Penulis Kreatif Selangor (AKTIF)
  2. Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI)
  3. Badan Bahasa Sabah (BAHASA)
  4. Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)
  5. Gabungan Persatuan Penulis Sarawak (GPPS)
  6. Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM)
  7. Ikatan Persuratan Penulis Perak (IPPP)
  8. Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)
  9. Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS)
  10. Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM)
  11. Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Teluk Intan (PENTAS)
  12. Persatuan Penulis Melaka (PERNAMA)
  13. Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
  14. Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
  15. Persatuan Penulis Johor (PPJ)
  16. Persatuan Penulis Perlis (3P)
  17. Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA)
  18. Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP)
  19. Persatuan Penulis Kelantan (PPK)
  20. Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA)
  21. Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA)
  22. Persatuan Kabajikan Penulis Selangor (KEMUDI)
  23. Persatuan Penulis Selangor (PPS)
  24. Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)

Antologi Puisi Sumpah Setia Bahasa

Inilah muka depan nashkah antologi puisi Sumpah Setia Bahasa yang memuatkan sajak-sajak yang khusus membicarakan tentang bahasa Melayu, sebagai lambang perjuangan para penulis memartabatkan bahasa Melayu Malaysia yang diancam PPSMI janaan Dr. Mahathir Mohamed. Antologi terbitan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) ditaja oleh Rhythm Consolidated Berhad dicetak tahun 1999, diselenggarakan oleh Rejap F.I. Terdapat sebanyak 132 buah sajak yang digarap oleh 82 orang penulis rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment