Nov 7, 2016

Kedudukan dan Taraf Bahasa Melayu

Kedudukan dan taraf bahasa Melayu di Malaysia kini boleh dilihat pada tiga tempat iaitu dalam Perlembagaan Persekutuan, dan dalam Akta Bahasa Kebangsaan, dan dalam Akta Bahasa.

1. Kedudukan bahasa Melayu dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Menurut Perkara 152(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan bahasa ini hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang parlimen. Namun bahasa lain tidak ditegah untuk digunakan.

Peruntukan ini jelas menunjukkan yang bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mempunyai kedudukan yang jelas dan mantap sebagai bahasa rasmi negara.

2. Kedudukan bahasa Melayu dalam Akta Bahasa Kebangsaan

  1. Akta Bahasa Kebangsaan 1963 menambah (Tambahan No. 18) peruntukan ‘maksud rasmi, terjemahan, perlanjutan penggunaan bahasa Inggeris, teks sahih undang-undang, bahasa mahkamah, tulisan bahasa kebangsaan, bentuk angka dan barang’.

  2. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 pula membuat beberapa tambahan tentang kedudukan bahasa Melayu (Tambahan No. 57). Antara lain, bahasa kebangsaan (iaitu bahasa Medlayu) mestilah digunakan bagi maksud-maksud rasmi kecuali dalam kes tertentu seperti undang-undang.

3. Kedudukan bahasa Melayu dalam Akta Pendidikan

  1. Akta Pendidikan 1961 menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

  2. Akta Pendidikan 1996 menggantikan Akta Pendidikan 1961. Melalui akta ini, bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kecuali di sekolah jenis kebangsaan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Mohon izin digunakan sebagai rujukan PDPc Sejarah Tahun 5

    ReplyDelete