- Ada empat partikel dalam bahasa Melayu iaitu lah, kah, tah dan pun.
- Semua partikel lah, kah, dan tah dieja rapat dengan perkataan sebelumnya.
- Ada 13 penggunaan partikel pun yang dieja rapat dengan perkataan sebelumnya.
- Namun ada tiga situasi pengecualian di mana partikel pun dijarakkan dari perkataan sebelumnya.
Contoh penggunaan partikel. Semua partikel dirapatkan dengan perkataan sebelumnya:
adalah, tolonglah, ampunilah |
apakah, itukah, siapakah |
bilatah, siapatah, apatah |
Contoh penggunaan partikel pun yang dirapatkan dengan perkataan sebelumnya:
adapun, biarpun, lagipun, sekalipun ataupun, kalaupun, meskipun, walaupun andaipun, bagaimanapun, kendatipun, mahupun, sungguhpun |
Partikel 'pun' dijarakkan (dieja jarak) dengan kata dasar yang ada di sampingnya apabila 'pun' itu membawa makna ‘juga’, ‘lalu’ atau ‘terus’.
Sila lihat contoh di bawah:
- Kerana terlalu penat, dia pun tertidur.
Kerana terlalu penat, dia terus tertidur.
Kerana terlalu penat, dia lalu tertidur. - Kalau dia makan, saya pun akan makan.
Kalau dia makan, saya juga akan makan. - Dia duduk tanpa berbuat apa-apa pun.
Dia duduk tanpa berbuat apa-apa juga.
No comments:
Post a Comment