Nov 7, 2016

Morfologi Bahasa Melayu

Morfologi adalah salah satu dari cabang ilmu bahasa. Ilmu moflogi mengkaji bentuk (morphos) kata, struktur kata, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep. (Wikipedia)

Morfem

Morfem ialah unit nahu terkecil dalam kata. Terbahagi kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

Morfem bebas boleh berdiri sendiri sebab mempunyai unit nahu yang bermakna dan difahami.

Contoh morfem bebas:
lari
makan
pulang

Morfem terikat pula tidak mempunyai makna dan memerlukan morfem bebas untuk membentuk makna.

Contoh morfem terikat:
'ber' dalam perkataan 'berlari' ialah morfem terikat. Ini kerana kata 'ber' itu tidak mempunyai makna apa-apa dan hanya mempunyai makna apabila 'ber' bercantum dengan 'lari' untuk menjadi 'berlari'.

Proses pembentukan kata

Kata ialah unit bahasa yang mengandungi makna dan terdiri dari satu atau lebih morfem. Kata merupakan bahasa terkecil yang dapat berdiri sendiri. Gabungan kata-kata akan membentuk frasa, klausa, dan seterusnya menjadi ayat.

Kata dasar iaitu kata yang tunggal dan belum mengalami perubahan atau pengembangan dinamakan kata tunggal. Kata tunggal ini tidak mengalami imbuhan, penggandaan (ulangan) atau penggabungan (pemajmukan).

Kata dasar ini pula terbentuk daripada suku kata atau gabungan suku kata. Sebagai contoh, kata 'wah' ialah kata yang terbentuk daripada satu suku kata, manakala kata 'kamu' terbentuk daripada dua suku kata (iaitu 'ka' + 'mu').

Suku kata yang boleh membentuk kata tadi itu pula terbentuk hasil daripada gabungan huruf-huruf (iaitu huruf vokal, konsonan, diftong, dan gugus konsonan).

Oleh itu, kata terbentuk hasil daripada gabungan huruf yang membentuk suku kata dan gabungan suku kata itu pula kemudiannya membentuk kata iaitu kata tunggal. Kata tunggal ini pula kemudiannya boleh berubah menjadi kata terbitan apabila menerima imbuhan, menjadi kata ganda apabila digandakan atau diulang-ulang, dan menjadi kata majmuk apabila digabungkan.

Bentuk Kata

Semua kosa kata (perkataan) bahasa Melayu berasal dari kata dasar yang mengalami perubahan maksud dan fungsi apabila mengalami proses percantuman imbuhan, pengulangan, dan gabungan dengan kata dasar yang lain.

Proses-proses pembentukan kata di atas menghasilkan empat bentuk kata bahasa Melayu iaitu:

Seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas, ada empat golongan kata bahasa Melayu iaitu

  1. Kata Tunggal
  2. Kata Terbitan
  3. Kata Ganda
  4. Kata Majmuk

Golongan Kata

Golongan kata merupakan pengelompokan kata-kata berasaskan fungsi, bentuk atau maknanya.

Seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas, ada empat golongan kata bahasa Melayu iaitu

  1. Kata Nama
  2. Kata Kerja
  3. Kata Adjektif
  4. Kata Tugas

No comments:

Post a Comment