Dec 31, 2016

Sistem Ejaan 3 - Sendi Nama

Bagaimanakah cara mengeja kata sendi nama 'di' dan 'ke'?

Kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ ditulis rapat atau jarak bergantung kepada fungsi kata.

Dalam sistem ejaan bahasa Melayu, ‘di’ dan ‘ke’ mempunyai dua fungsi iaitu:

Fungsi ‘di’ dan ‘ke’Contoh
1Sebagai kata sendi
(ejaan dijarakkan)
di sana, di situ, di bawah
ke sana, ke situ, ke sini
2Sebagai imbuhan
(ditulis rapat)
disimpan, diawasi, diseligi
kesudahan, kematian, kehendak

  1. Kata sendi ‘di’ dan ‘ke’ dieja (ditulis) jarak dengan kata selepasnya sekiranya ‘di’ dan ‘ke’ itu berfungsi sebagai kata sendi.

  2. Kata sendi ‘di’ dan ‘ke’ dieja (ditulis) rapat dengan kata selepasnya sekiranya ‘di’ dan ‘ke’ itu berfungsi sebagai imbuhan.

No comments:

Post a Comment