Dec 30, 2016

Sistem Ejaan 1 - Huruf dan Bunyi

Terdapat 26 huruf rumi dalam bahasa Melayu yang boleh dibahagikan kepada empat jenis huruf iaitu huruf vokal, huruf konsonan, huruf diftong, dan huruf gugus konsonan. Sila lihat contoh di bawah:

Jenis HurufContoh
Huruf vokala, e, i, o, u
Huruf konsonan
Huruf diftongai, au, oi
Huruf gugus konsonangh, kh, ny, ng, sy



Huruf vokal

Huruf vokal juga disebut ‘huruf hidup’ atau ‘huruf saksi’ kerana mempunyai bunyi dan boleh juga memberi bunyi kepada huruf konsonan.

Sila lihat contoh di bawah ini:

Huruf
Vokal
FonemKedudukan huruf vokal
dalam perkataan
depan katatengah katabelakang kata

a

/a/apibapakita

e

(pepet)
/ə/emaksemakautisme

ě

(taling)
/e/enakpetaktauge

i

/i/itusinikini

o

/o/olehkotapidato

u

/u/usiktunassiku


Konsonan

Huruf konsonan ialah huruf selain dari huruf vokal. Ada 21 huruf konsonan dalam huruf bahasa Melayu.

Lihat grafik di atas. Huruf vokal ialah huruf dalam warna biru manakala huruf konsonan ialah huruf dalam warna merah jambu.

Sila lihat contoh penggunaan huruf konsonan di bawah:

KonsonanFonemdi depandi tengahdi belakang

b

/b/bukasebutadab

c

/c/cakapkacaMac

d

/d/duaadaabad

f

/f/fakirtafsirmaaf

g

/g/gunatigabeg

h

/h/harisahamtuah

j

/j/jalanmanjakolej

k

/k/kamipaksakatak

l

/l/lekasalaskesal

m

/m/makakamidiam

n

/n/namaanakdaun

p

/p/pakuapasiap

q

/q/quranwuqufburaq

r

/r/raihbaraputar

s

/s/samaaslilemas

t

/t/talimatarapat

v

/v/viraluniversiti-

w

/w/wanitahawa-

x

/x/xilofon--

y

/y/yangpayung-

z

/z/zmanlazatlafaz

Terdapat tiga konsonan yang hanya digunakan untuk perkataan pinjaman iaitu q, v, dan x. Tiada istilah asal bahasa Melayu yang menggunakan konsonan-konsonan ini.

Contoh:

KonsonanContoh kata

q

buraq, qadak, qadar, quran, wuquf

v

versi, vitamin, vokasional, revolusi, subversive, evolusi, viral

x

xenolit (jenis batu), xenomorf (jenis batu), xilofon (alat muzik), xilofaj (sejenis serangga), xerofit (jenis tumbuhan di kawasan kering)

Gugus Konsonan

Juga disebut konsonan gabung. Merupakan gabungan dua huruf konsonan yang melambangkan satu bunyi konsonan yang baru.

Contoh:

Gugus
Konsonan
Bunyidi depandi tengahdi belakang

gh

/ğ/ghaibmaghribmubaligh

kh

/x/khususakhirtarikh

ng

/ŋ/ngiluanginpening

ny

/ń/nyatahanya-

sy

/ś/syaratisytiharQuraisy


Huruf Diftong

Huruf diftong ialah huruf gabungan dua huruf vokal berlainan bunyi yang menghasilkan bunyi yang ketiga. Tiga huruf diftong ialah au (vokal a + vokal u), ai (vokal a + vokal i), dan oi (vokal o + vokal i).

Contoh:

DiftongDepanTengahBelakang

ai

aisingghairah
hairan
haiwan
pandai
petai
tirai

au

aurat
auto
audit
saudara
tauladan
saujana
harimau
risau
pisau

oi

oidiumboikotamboi
sempoi
konvoi
* oidium = spora funggus yang selalu menyerang daun tanaman. Berbentuk seperti serbuk putih yang melekat pada daun-daun.

No comments:

Post a Comment