Nov 7, 2016

Peranan Bahasa Melayu

Sebagai bahasa kebangsaan negara, bahasa Melayu sudah semestinya mempunyai peranan atau fungsi yang berguna dan bersifat kebangsaan. Antara fungsi bahasa Melayu adalah seperti berikut:

1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan

Bahasa kebangsaan adalah bahasa perantaraan seluruh penduduk Malaysia daripada pelbagai kaum. Sejak zaman Kesultanan Melaka lagi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan. Dunia luar kini mengenali bahasa Melayu sebagai bahasa negara Malaysia. Bahasa Melayu adalah identiti negara kita.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan jelas termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Fasal (1) Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa: “Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen.

2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

Bahasa Melayu digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan mahkamah, pentadbiran, pendidikan, perdagangan dan sebagainya. Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

3. Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan

Bahasa Melayu digunakan oleh kaum-kaum bukan Melayu untuk berkomukinasi sesama mereka. Misalnya, orang India dengan orang Cina menggunakan bahasa Melayu untuk bersembang sesame mereka. Bahasa Melayu menjadi bahasa yang menyatupadukan rakyat pelbagai kaum. Fungsi simbolik sesuatu bahasa bahasa standard ialah fungsi penyatuan. Tanpa komunikasi yang baik, ketegangan kaum akan berlaku. Melalui penggunaan bahasa Melayu, komukinasi antara kaum akan berjalan lancar dan masalah ketegangan kaum boleh dihindari.

4. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa ilmiah

Bahasa ilmu bermakna bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan hingga ke peringkat tinggi. Bahasa ilmiah ialah bahasa yang bersifat ilmu secara pengetahuan, keilmuan dan akademik. Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa penyampaian pelbagai bidang ilmu sama ada sejarah, matematik, perundangan, kedoktoran dan sebagainya.

6 comments: