Nov 7, 2016

Bahasa Asing dalam Bahasa Melayu

Sejak penggunaan bahasa Melayu Kuno zaman dahulu lagi, bahasa Melayu mengalami evolusi dan menerima banyak kata dari bahasa Sanskrit, Bahasa Tamil, Bahasa Portugis, Bahasa Belanda, sesetengah loghat Cina, bahasa Arab (khususnya dalam banyak istilah keagamaan), dan Bahasa Inggeris. Proses peminjaman istilah asing ini tidak berhenti sehingga kini memandangkan bahasa itu sendiri bersifat dinamis. Proses peminjaman istilah-istilah asing ini telah membantu memperkayakan lagi perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Antara faktor peminjaman kata-kata asing ini adalah:

  • terdapat keperluan untuk memberi nama kepada sesuatu benda-benda atau konsep-konsep baharu yang dibawa masuk oleh orang asing (penjajah, pengembara, pendakwah).

  • perkataan bahasa Melayu yang sedia ada tidak dapat memberi makna yang tepat kepada benda atau konsep-konsep baru.

  • sikap masyarakat yang lebih suka menggunakan bahasa-bahasa asing untuk merujuk kepada sesuatu sehingga akhirnya menjadi kebiasaan dan ikutan.

Peminjaman kosa kata bahasa asing ini berlaku sedikit demi sedikit melalui proses pertembungan budaya seperti melalui aktiviti perniagaan, penjajahan, penghijrahan, pengembaraan, pendidikan dan penyebaran agama.

Secara amnya, sebahagian besar daripada sumber bahasa asing yang dipinjam oleh bahasa Melayu adalah daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris. Walau bagaimanapun, sumber-sumber tersebut boleh diperincikan lagi seperti berikut:

Kawasan AsalBahasa
India
  • Bahasa Sanskrit
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Hindi
  • Tanah Arab
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Parsi
  • Asia Tenggara
  • Bahasa Jawa
  • Bahasa Sunda
  • Bahasa Bugis
  • Bahasa Sumatera
  • Bahasa Siam
  • China
  • Bahasa masyarakat Cina daerah China selatan seperti Hokien dan Canton
  • Eropah
  • Bahasa Portugis
  • Bahasa Belanda
  • Bahasa Inggeris
  • Antara kosa kata bahasa Parsi dalam bahasa Melayu kini
    Agar, andai andam,bahari, baju andam, banjir, beriani, cokmar, dewan, gandum garam, istana, juadah, kamar, kahwin, kelasi, kebab, laksa, nakhoda, nisan, pinggan seluar, takhta, seruling, pelana, pahlawan, lawak, pesona, piala, imbuhan 'bi' yang bermaksud 'tidak' seperti biadab (tidak beradab atau tidak ada adab), bitara (tiada tara).

    Antara kosa kata bahasa Jawa dalam bahasa Melayu kini
    Adegan, awet ayu, bagus, beres, calon, duda, enak, garing, gembleng, kaget, keringat, keruan, ketara, kiai, lakon, lapor, lontong, lumayan, lumrah, lurah, matang, pamer, perabot, prihatin, rawat, saring, sering, tulen.

    Antara kosa kata bahasa Cina dalam bahasa Melayu kini
    Camca, pongkes, cawan, teko, beca, abah, amoi, apek, encik, tauke, bohsia, beng, suun, kuaci, lobak, tauhu, tocang, gincu, amah, pisau, tong, loceng kicap, laici, cincau, dacing, kuih mihun, pau, cat, inci, sampan, tauge.

    Antara kosa kata bahasa Tamil dalam bahasa Melayu kini
    Ceti, kapal, kedai, mempelam, bagai, kawal, modal, kolam, ayah, kakak, apam, canai, ceut, coli, gudang, gerudi, guni, ketumbar, kuli, nelayan, nilam, sami, ragam, tali, tembikai, emak, jodoh, kari, pondan, pinggan.

    Antara kosa kata bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu kini
    Bahasa, bicara, guru,cinta duka, merdu, setia, bahu, kepala, lidah, senja, permata, emas, keranda,ayah,isteri ,janda, suami, menteri, dosa pahala,asmara, bahaya, rahsia, bumi, cahaya, suria, tanah, melor, seroja, hari, masa, imbuhan awalan eka- (tunggal), dwi- (dua), maha-, pra- (sebelum), swa- (sendiri), tata-, tuna- (tiada), imbuhan akhiran -wan, -man, -nita, pinjaman bunyi /dw/, /sw/, /sy/

    Antara kosa kata bahasa Arab dalam bahasa Melayu kini
    Doa, hadis haji, koblat, murtad, rukuk, hisab, ilmu, sejarah, soal, tarikh, akal, faham, fakir, halal, haram, zalim, akad, fitnah hormat, kaum, kerabat, maaf, salam sedekah, tahniah,akhirat, alam, haiwan, dunia, wajah, wujud, roh, pengaruh bunyi /dh/: dhaif, dharab, hadhirat, haidh, /dz/: dzahir, dzuhur, dzalim, adzab, /f/: fajar, fakir, daftar, kafir, arif, /gh/: ghaib, ghairah, loghat, maghrib, /kh/: khasiat, khidmat, akhbar, tarikh, /q/: qadak, qadar, qunut, baqa, wuquf, /sy/: syarat, syiar, asyik, masyarakat, nusyuz, /th/: thabit, thalatha, ithnin, bahath, hadath, /z/: zikir, zuriat, bazir, khazanah, 6 imbuhan dan akhiran bahasa Arab seperti -ah: muslimah, hajah, qariah, ustazah, -at: hadirat, mukminat, muslimat, -i: abadi, amali, azali, insani, mithali, -iah: alamiah, batiniah, jasmaniah, lahiriah, -in: hadirin, mukminin, muslimin, musyrikin, -wi: duniawi, maknawi, nabawi, ukhrawi.

    Antara kosa kata bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu kini
    Automatik, automobil, makroekonomi, mikroekonomi,monopoli, multimedia, poligami, imbuhan awalan sub-, -pro, supra-, ultra-, klinikal, defendan, geografi, kaunter, detektif, artis, kronologi, koleksi, mentaliti, editor, struktur, faktor, dan lain-lain.

    No comments:

    Post a Comment