- Ada empat bentuk kata dalam sistem Bahasa Melayu iaitu:
Kata Tunggal
Kata Terbitan
Kata Ganda, dan
Kata Majmuk
- Kata tunggal ialah satu kata dasar atau kata akar yang tidak mengalami sebarang bentuk pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan.
- Apabila kata tunggal menerima imbuhan, atau digandakan, atau dimajmukkan, maka kata tunggal itu tidak lagi bersifat kata tunggal.
- Sebaliknya, kata tunggal itu akan bertukar menjadi sama ada kata terbitan, kata ganda, atau kata majmuk.
- Kata tunggal yang mengalami proses imbuhan akan menjadi kata terbitan.
- Kata tunggal yang digandakan akan menjadi kata ganda.
- Kata tunggal yang digabungkan dengan kata tunggal yang lain akan menjadi kata majmuk.
- Contoh kata tunggal ialah meja, kerusi, wanita, anda, buku, dan banyak lagi.
- Akronim yang merupakan singkatan kepada beberapa perkataan adalah juga dinggap sebagai satu kata tunggal.
Akronim
- Akronim merupakan gabungan beberapa kata tunggal sama ada gabungan suku kata, gabungan huruf pangkal perkataan, atau gabungan kedua-duanya sekali.
- Contoh akronim ialah pawagam (panggung wayang gambar), kugiran (kumpulan gitar rancak), dan banyak lagi.
- Apabila beberapa perkataan ini digabungkan dan menjadi akronim, ia dianggap sebagai satu unit kata tunggal.
- Akronim ialah kependekan yang terbentuk dari gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan, yang membentuk satu perkataan yang utuh dan mantap yang mempunyai makna tersendiri serta dapat berdiri sendiri.
Ada tiga jenis akronim iaitu:
- Akronim gabungan huruf-huruf pangkal perkataan
- Akronim gabungan suku kata
- Akronim gabungan huruf pangkal dan suku kata
Akronim gabungan huruf pangkal
Akronim jenis ini menggabungkan huruf-huruf pangkal sesuatu perkataan. Sila lihat contoh di bawah:Akronim | Perkataan penuh |
ABIM | Angkatan Belia Islam Malaysia |
TNB | Tenaga Nasional Berhad |
JKR | Jabatan Kerja Raya |
ADUN | Ahli Dewan Undangan Negeri |
BSN | Bank Simpanan Nasional |
Seperti dalam contoh di atas, empat perkataan Ahli Dewan Undangan Negeri apabila digabuangkan menjadi akronim ADUN, tidak lagi dianggap empat perkataan. Sebaliknya telah menjadi satu perkataan kata tunggal.
Akronim gabungan huruf pangkal
Akronim jenis ini menggabungkan atau mencantumkan sebahagian suku kata dari perkataan-perkataan tertentu. Sila lihat contoh di bawah:Akronim | Perkataan penuh |
cerpen | cerita pendek |
cereka | cerita rekaan |
debunga | debu bunga |
gimrama | gimnastik berirama |
hakis | habis kikis |
tadika | taman didikan kanak-kanak |
resdung | resah hidung |
jenama | jenis nama |
purata | pukul rata |
halaju | had laju |
pawagam | panggung wayang gambar |
jentolak | jentera tolak |
jengkaut | jentera kaut |
kugiran | kumpulan gitar rancak |
Akronim gabungan huruf pangkal dan suku kata
Akronim jenis ini menggabungkan huruf-huruf pangkal dan suku kata sesuatu perkataan. Sila lihat contoh di bawah:Akronim | Perkataan penuh |
Intan | Institut Tadbiran Awam Negara |
Mara | Majlis Amanah Rakyat |
Taska | Taman Asuhan Kanak-kanak |
Jakim | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia |
Proton | Perusahaan Otomobil Nasional |
gimrama
ReplyDeletegimnastik berirama
DeleteSangat membantu, terima kasih :)
ReplyDeletethannnnnnk you
ReplyDeleteSependa = seluar pendek dalam?
ReplyDelete