Nov 7, 2016

Klausa

Klausa ialah ayat kecil yang mempunyai subjek dan predikatnya sendiri dan menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih besar. Juga disebut anak ayat.

Klausa ialah unit yang merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi satu konstituen (bahagian) kepada ayat (definisi Dewan Bahasa).

Terbahagi kepada klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa Bebas

  • nama lain – klausa utama atau klausa induk.
  • menjadi tapak untuk memancangkan klausa yang lebih kecil atau klausa tak bebas.
  • dapat berdiri sendiri dan dapat menjadi ayat yang lengkap jika diucapkan dengan intonasi yang sempurna.

Klausa Tak Bebas

  • klausa yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat yang lengkap.
  • berfungsi sebagai penerang kepada klausa bebas.

Ayat
Klausa BebasKlausa Tak Bebas
Pelajar itu berwajah muramkerana gagal dalam peperiksaan
Mereka pergi bersama-samake bilik kuliah

Klausa 'pelajar itu berwajah muram' ialah klausa bebas kerana boleh berdiri sendiri tanpa dilengkapkan oleh klausa penerang selepasnya.

Klausa 'kerana gagal dalam peperiksaan' ialah klausa tak bebas yang hanya menjadi penerang kepada klausa utama. Ketiadaannya tidak mencacatkan ayat.

No comments:

Post a Comment