Nov 6, 2016

Perumpamaan

e. Perumpamaan - Peribahasa yang bermakna dua lapis - Hasil daripada perbandingan antara dua perkara – iaitu yang menyatakan sesuatu maksud dengan yang membandingkan dengan sesuatu perkara lain yang seumpama dengannya. - Terbahagi dua iaitu yang menyebut perbandingan dan yang tidak menyebut perbandingan - Perumpamaan yang menyebut perbandingan menggunakan kata-kata seperti bak.., sepantun…, bagai…, macam…, ibarat…, laksana…, umpama… - Contoh: 1. Seperti telur di hujung tanduk 2. Bagai ikan pulang ke lubuk 3. Umpama aur dengan tebing 4. Laksana pungguk rindukan bulan 5. Ibarat air di daun keladi 6. Bak cendawan tumbuh selepas hujan Perumpamaan tanpa menyebut perbandingan 7. Tak kan harimau makan anaknya 8. Belakang parang diasah lagikan tajam 9. Ukur baju di badan sendiri

No comments:

Post a Comment