Nov 7, 2016

Sintaksis - Susunan Ayat

• Ayat tunggal iaitu ayat yang mempunyai subjek dan predikat boleh disusun secara biasa atau secara songsang. Walaupun disusun secara songsang, maksud ayat tersebut tetap sama. • Dalam susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan subjek adalah di hadapan predikat, atau mendahului predikat. • Dalam susunan songsang ayat tunggal, perkara yang sebaliknya berlaku, iaitu predikat yang berada di hadapan subjek, atau mendahului subjek. • Susunan tersebut disebut susunan songsang kerana kedudukannya terbalik dari susunan biasa. • Proses menyongsangkan ayat ini disebut pendepanan (i.e. frasa dalam predikat dibawa ke hadapan). • Tujuan pendepanan ialah untuk memberi penekanan kepada predikat. • Partikel seperti -lah, -tah, -kah, -nya dan sebagainya boleh digunakan untuk memberi penekanan kepada predikat.

No comments:

Post a Comment