Nov 9, 2016

Unsur Perlambangan Dalam Peribahasa Melayu

Kata Pendita Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Pakar bahasa Asmah Haji Omar pula berkata, peribahasa merupakan cara orang Melayu memberi nasihat tanpa melukakan hati seseorang. Semuanya disusun dalam susunan kata-kata yang pendek dan indah, yang mempunyai kebenaran dan membawa makna yg luas. Peribahasa juga ialah suatu cara untuk menyampaikan sesuatu maksud secara halus. Susunan peribahasa mencerminkan ketajaman, renungan dan pemikiran orang zaman dahulu yang membandingkan realiti kehidupan flora dan fauna dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling. Banyak peribahasa yang mempunyai unsur kiasan dan perbandingan.

Orang Melayu zaman dahulu hidup dalam persekitaran yang dipenuhi dengan binatang buas, binatang yang jinak, atau binatang ternakan. Ini tidaklah menghairankan kerana kehidupan manusia zaman dahulu memang terdedah pada persekitaran yang dikelilingi oleh hutan rimba, kebun dan ladang, sungai dan laut. Semua ini menyebabkan mereka serng bertemu dengan banyak binatang dan mengamati banyak keanekaan tumbuh-tumbuhan.

Sebahagian dari peribahasa merujuk terus kepada haiwan atau tumbuhan yang mereka perhatikan di sekeliling mereka. Namun terdapat juga sebahagian peribasa yang disampaikan secara kiasan atau perbandingan.

Misalnya:

  1. Gajah ditelan ular lidi
    Ini hanyalah kiasan. Memang tidak logik untuk ular lidi menelan gajah, namun ini hanyalah suatu perlambangan. Maksud peribahasa ini ialah 'orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah'.

  2. Cacing menelan naga
    Ini juga tidak logik, namun perlambangan yang sama digunakan dan membawa maksud sama seperti di atas.

  3. Harapkan pagar, pagar makan pagi
    Ada netizen yang mentertawakan peribahasa ini dengan mengatakan bahasa 'pagar mana ada mulut untuk makan.' Oleh itu peribahasa itu mereka anggap salah dan tak masuk akal. Sebenarnya, ramai generasi baru orang Melayu yang tidak faham peribahasa dan ciri-ciri peribahasa. Pagar dalam peribahasa di atas adalah kiasan untuk 'orang yang diberikan kepercayaan untuk menjaga sesuatu tetapi dia mengkhianatinya.'

  4. Musang berbulu ayam
    Memanglah tidak masuk akal seekor musang mempunyai bulu ayam, namun peribahasa ini ialah kiasan untuk 'orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik'.

No comments:

Post a Comment