Dec 31, 2016

Sistem Ejaan 5 - Partikel

  1. Ada empat partikel dalam bahasa Melayu iaitu lah, kah, tah dan pun.
  2. Semua partikel lah, kah, dan tah dieja rapat dengan perkataan sebelumnya.
  3. Ada 13 penggunaan partikel pun yang dieja rapat dengan perkataan sebelumnya.
  4. Namun ada tiga situasi pengecualian di mana partikel pun dijarakkan dari perkataan sebelumnya.

Contoh penggunaan partikel. Semua partikel dirapatkan dengan perkataan sebelumnya:

adalah, tolonglah, ampunilah
apakah, itukah, siapakah
bilatah, siapatah, apatah

Contoh penggunaan partikel pun yang dirapatkan dengan perkataan sebelumnya:

adapun, biarpun, lagipun, sekalipun
ataupun, kalaupun, meskipun, walaupun
andaipun, bagaimanapun, kendatipun, mahupun, sungguhpun

Partikel 'pun' dijarakkan (dieja jarak) dengan kata dasar yang ada di sampingnya apabila 'pun' itu membawa makna ‘juga’, ‘lalu’ atau ‘terus’.

Sila lihat contoh di bawah:

  1. Kerana terlalu penat, dia pun tertidur.
    Kerana terlalu penat, dia terus tertidur.
    Kerana terlalu penat, dia lalu tertidur.

  2. Kalau dia makan, saya pun akan makan.
    Kalau dia makan, saya juga akan makan.

  3. Dia duduk tanpa berbuat apa-apa pun.
    Dia duduk tanpa berbuat apa-apa juga.

No comments:

Post a Comment