Kata ganda ialah perkataan yang diulang atau digandakan untuk menunjukkan unsur jamak iaitu bilangannya jadi banyak atau bertambah lebih dari satu.
Perkataan yang diulang atau digandakan tersebut boleh terdiri dari kata dasar atau kata terbitan.
Pengulangan atau penggandaan tersebut adalah sekali sahaja. Contoh: batu digandakan menjadi batu-batu dan bukan batu-batu-batu.
Kata ganda dipisahkan oleh tanda sempang, kecuali jenis kata ganda separa.
Tujuan penggandaan adalah untuk menghasilkan bentuk jamak (iaitu untuk menunjukkan bilangannya menjadi banyak atau bertambah lebih dari satu).
Kata ganda terbahagi empat iaitu
- kata ganda penuh
- kata ganda separa
- kata ganda berentak, dan
- kata ganda semu
1. Kata ganda penuh
Kata ganda penuh ialah kata dasar atau kata terbitan yang diulang atau diganda seluruhnya. Kata tersebut diulang tanpa perubahan ejaan.Contoh:
Penggandaan Kata Dasar | |
Satu sahaja | Lebih dari satu |
Kerusi | Kerusi-kerusi |
Kereta | Kereta-kereta |
Adik | Adik-adik |
Bini | Bini-bini |
Penggandaan Kata Terbitan | |
Satu sahaja | Lebih dari satu |
Peladang | Peladang-peladang |
Penyanyi | Penyanyi-penyanyi |
Latihan | Latihan-latihan |
Makanan | Makanan-makanan |
2. Kata ganda separa
Kata ganda yang tidak digandakan sepenuhnya tetapi digandakan sebahagian sahaja. Penggandaan separa akan menghilangkan tanda sempang. Jumlah huruf dan jumlah suku kata juga menjadi kurang dari kata ganda penuh.Contoh:
Kata Ganda penuh | Kata Ganda separa |
jari-jari | jejari |
kuda-kuda | kekuda |
balang-balang | bebalang |
laki-laki | lelaki |
sungut-sungut | sesungut |
bawang-bawang | bebawang |
bola-bola | bebola |
buli-buli | bebuli |
cair-cair | cecair |
daun-daun | dedaun |
gendang-gendang | gegendang |
kacang-kacang | kekacang |
pohon-pohon | pepohon |
3. Kata ganda berentak
Kata ganda yang seolah-olah mempunyai rentak apabila digandakan.Contoh:
hingar-bingar | lauk-pauk | sayur-mayur |
kuih-muih | papa-kedana | selok-belok |
cerai-berai | tungkus-lumus | hina-dina |
asal-usul | bukit-bukau | gunung-ganang |
mundar-mandir | kayu-kayan | mandi-manda |
bolak-balik | batu-batan | porak-peranda |
4. Kata ganda semu
Makna 'semu' ialah 'bukan yang sebenarnya'. Kata ganda semu mengalami pengulangan kata namun tidak mengalami pertambahan jumlah. Kata ganda semu tidak menggambarkan jamak. Jumlahnya tetap satu, namun kelihatan seperti banyak (atau lebih dari satu) kerana penggandaan katanya.Sila lihat contoh-contoh di bawah:
Kata Ganda Semu | Satu atau banyak? |
Kura-kura | Seekor (haiwan) |
Layang-layang | Sekeping (permainan) |
Ura-ura | Satu (cadangan) |
Agar-agar | Sepotong (makanan) |
Pura-pura | Satu sifat manusia |
Rama-rama | Seekor (haiwan) |
Jemput-jemput | Seketul (kueh) |
no good
ReplyDeleteHi
ReplyDeletekata ganda separa bagi:
ReplyDeletebaik=
ura=
kerat=
bantu=
Kerja cg suh buat sendiri ko google😂
DeleteDah tak jumpa jawapan
Deletekata ganda separa hanya berasal dari kata ganda. baik, ra, kerat dan bantu bukan kata ganda. jadi tiada kata ganda separa untuk perkataan tersebut.
DeleteSumpah
ReplyDeletesumpah = aku janji, ikrar.
Deletesumpah-sumpah (atau sesumah) = sejenis haiwan
Adakah rama-rama tergolong di dalam kata ganda atau kata akar,kerana klu rama sahaja sudah hilang tu arti rama-rama sbg seekor ungas?!
ReplyDeleteBetul tetapi sekiranya ia kata ganda separa ia akan jadi rerama
Deleterama-rama ialah kata ganda semu. sama seperti anai-anai, semut-semut (kebas), otak-otak (sejenis makanan)
DeleteUra
ReplyDelete