Nov 7, 2016

Golongan Kata - Kata Kerja

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Contoh:

Contoh ayatKata Kerja
Ali masih tidur di biliknyatidur
Ramasamy sedang bermain bola di padangmain
Pemandu lori itu membelok ke kananbelok
Kejadian itu disaksikan oleh orang ramaisaksi

Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mempunyai penyambut atau benda yang kena buat. Contoh:

AyatPembuatKata KerjaTransitif
Ali menendang bolaAlimenendangbola
Kami membaiki kereta kesayangan ayahkamimembaikikereta
Kakak memasukkan surat ke dalam sampulkakakmemasukkansurat
Saya telah menjawab surat cinta itusayamenjawabsurat cinta
Pegawai itu tidak mengabaikan tugasnyapegawaimengabaikantugasnya

Transitif ialah 'penyambut', atau 'benda yang kena buat'.

Kata Kerja Transitif Aktif

Kata kerja transitif aktif ialah pelaku atau pembuat didahulukan dalam susunan ayat, manakala dalam binaan kata kerja transitif pasif, yang kena buat didahulukan dalam susunan ayat. Contoh:

Kata Kerja Transitif AktifKata Kerja Transitif Pasif
Ali menendang bolaBola ditendang oleh Ali
Kakak makan nasiNasi itu dimakan oleh kakak
Abang mengharungi lautan ituLautan itu diharungi oleh abang

Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak mempunyai unsur yang kena buat. Pelaku melakukan kerja (kata kerja) itu sendiri. Contoh:

Kata kerja aktif tak transitif
(tiada yang kena buat)
Perlu tambah keterangan?
Semua pelajar telah pulangTidak perlu keterangan tambahan. Ayat telah sempurna dan maksud ayat sudah jelas.
Adik saya masih tidur
Padi sedang menguning
Abang Mujibur Rahman asyik tersenyum
Mereka sedang berbual

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Terdapat kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap cerita supaya maksud ayat menjadi sempurna dan bermakna. Contoh:

Kata kerja aktif tak transitif
(tiada yang kena buat)
Perlu pelengkap cerita dan memerlukan keterangan tambahan supaya ayat mempunya makna
Keadaan bapanya beransur…...baik selepas makan ubat.
Mereka tidak berbuat…...apa-apa pun sejak pagi tadi.
Kami tinggal…...di rumah besar itu
Musafir itu tidur nyenyak berselimutkan…...langit sahaja
Suasana dalam mesyuarat itu menjadi…...kelam-kabut
Kakak berbantalkan…...lengan sahaja pada malam itu
Azam kumpulan nasyid itu ialah untuk bertambah…...bagi lagi.
Kapal kargo itu singgah…...di pelabuhan Kelang.
Pokok padi Wan Empuk berbatangkan…...emas
Pengemis itu tetap lega walaupun bertilamkan…...tanah sahaja.

Rumusannya

Sebagai rumusan, ada empat jenis kata kerja iaitu:
  1. Kata Kerja Transitif Aktif yang mendahulukan pelaku dalam susunan ayat dan mempunyai benda yang kena buat (transitif).

  2. Kata Kerja Transitif Pasif yang mendahulukan benda yang kena buat (transitif) dalam susunan ayat.

  3. Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap yang tidak mempunyai 'benda yang kena buat' (transitif) dalam susunan ayat.

  4. Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap yang tidak mempunyai 'benda yang kena buat' dan memerlukan cerita susulan (atau keterangan tambahan) untuk menjadikan sesuatu ayat itu difahami orang ramai.

6 comments: