Nov 7, 2016

Golongan Kata - Kata Nama

  1. Ada empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
  2. Kata nama ialah kata yang digunakan untuk merujuk kepada orang, benda atau perkara sama ada yang bersifat umum atau khas.
  3. Kata nama terbahagi tiga iaitu:

    1. Kata Nama Am
      iaitu nama-nama am untuk manusia, benda dan perkara.

    2. Kata Nama Khas
      iaitu nama khas bagi benda yang hidup atau tidak hidup. Kata nama khas ditulis dengan huruf besar (huruf pangkal perkataan).

    3. Kata Ganti Nama
      iaitu nama-nama pengganti kepada kata nama am atau kata nama khas.

Kata Nama Am

  1. Kata nama am ialah nama-nama yang digunakan untuk merujuk pada perkara-perkara am atau perkara-perkara umum.
  2. Dalam penulisan, kata nama am ditulis menggunakan huruf kecil (kecuali huruf di pangkal ayat).
  3. Contoh kata nama am ialah meja, kerusi, rumah, kereta, orang, kucing.
  4. Kata nama am ini terbahagi dua iaitu:
    • Kata Nama Am konkrit yang boleh dilihat atau dipegang sama ada yang hidup atau tidak hidup.
    • Kata Nama Am abstrak iaitu konsep, yang tidak boleh dilihat atau dipegang namun hanya boleh dibayangkan sahaja.

Berikut adalah contoh kata nama am konkrit yang hidup dan tak hidup:

Jenis Kata NamaContoh
Kata Nama Am konkrit
(hidup)
orang, abang, kakak, ayah, polis, pelajar, kucing dan semua makhluk bernyawa yang lain
Kata Nama Am konkrit
(tak hidup)
meja, kerusi, kereta, batu dan semua benda yang lain
Kata Nama Am abstrakmimpi, dengki, dendam, cinta, adil, saksama, sejahtera, malu


Kata Nama Khas

  1. Kata Nama Khas adalah panggilan kepada perkara-perkara khas atau khusus.
  2. Dalam sistem penulisan, kata nama khas ditulis dengan hurud besar (huruf pertama perkataan).
  3. Terbahagi tiga iaitu:
    • Kata Nama Khas hidup (manusia)
    • Kata Nama Khas hidup (bukan manusia)
    • Kata Nama Khas tak hidup
Jenis Kata Nama KhasContoh
Kata Nama Khas hidup (manusia)Ahmad, Hang Tuah, Perdana Menteri, Tok Ketua, Bentara
Kata Nama Khas hidup
(bukan manusia)
Nama watak-watak dalam cerita seperti:
Raja Rimba
Sang Kelembai
Pak Belang
Bujang Senang
Kata Nama Khas tak hidupNama-nama tempat seperti:
Perak
Kelantan
Wangsa Maju
Zoo Negara, KLCC, KL Sentral

Semua jenis jenama seperti: Samsung
Nokia
Proton Saga
Magnum
Bonia


Kata Ganti Nama

  1. Kata ganti nama ialah penggilan lain untuk menggantikan nama asal sesuatu.
  2. Misalnya, kata ganti nama bagi Siti Nurhaliza boleh jadi dia, beliau, kakak, datuk, puan, Penyanyi Nombor Satu Negara, bini Datuk K.
  3. Terbahagi kepada:
    • Kata ganti nama tunjuk
    • Kata ganti nama tanya
    • Kata ganti nama diri pertama
    • Kata ganti nama diri kedua
    • Kata ganti nama diri ketiga
  4. Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu secara umum, dan untuk menunjukkan lokasi atau kedudukan.
    • Contoh: ini, itu, sana, sini, situ
    • Contoh ayat: Pergi ke sana.
      Kata ganti nama tunjuk sana di atas adalah kata ganti kepada suatu lokasi atau tempat yang ditunjukkan oleh si penutur.

  5. Kata ganti nama diri tanya digunakan untuk menggantikan nama seseorang yang tidak diketahui.
    • Contoh: apa, siapa, mana
    • Contoh ayat: Siapa yang datang tadi?
    • Kata ganti nama tanya siapa di atas adalah ganti nama bagi seseorang yang tidak diketahui.

  6. Kata ganti nama diri pertama ialah kata ganti nama diri orang yang sedang bertutur. Si penutur menggunakan suatu ganti nama bagi dirinya sendiri semasa dia bertutur atau berkomunikasi dengan seseorang. Kata ganti nama diri yang digunakan adalah bergantung kepada sifat hubungan si penutur dengan orang di hadapannya itu.
    • Contoh: saya, aku, hamba, daku, abang, adik, ayah, patik, beta, teman, along, mak, abah, pacal yang hina
    • Contoh ayat:
      - Tolong berikan saya mee goreng.
      - Keris sakti ini hamba yang punya.
      - Abang dah balik.
      - Patik sudah bersalah pada tuanku. Hukumlah patik.
      - Cis, bedebah! Beta sumpah memanda jadi peti ais!

  7. Kata ganti nama diri kedua ialah ganti nama bagi pasangan orang yang sedang bertutur (atau sedang berkomunikasi).
    • Contoh: awak, engkau, dinda, abang, adik, cikgu, tuan, puan, cik, tuan hamba, tuanku, you, mu, hang
    • Contoh ayat:
      - Marilah awak, ikut saya pergi kedai
      - Tuan nak saya hantar hari ini atau semalam?
      - Encik bila nak meninggal dunia?
  8. Kata ganti nama diri ketiga ialah pihak ketiga yang sedang dipertuturkan, atau sedang dibualkan. Pihak ketiga itu sama ada seorang atau lebih dari seorang (jamak) berada jauh dari pihak yang memperkatakan tentang mereka. Pihak ketiga itu tidak berada dalam sesi komunikasi pihak pertama dan kedua.
    • Contoh: dia, beliau, mereka, kumpulan itu, pasukan itu
    • Contoh ayat:
      - Kenapa dia tak muncul-muncul lagi ni?
      - Bersedia semua. Mereka sudah nak sampai.
      - Cepat, cepat, cikgu dah nak sampai.

Jenis Kata Ganti NamaContoh
Kata Ganti Nama Tunjukini, itu, tu, sana, sini, situ, sinun
Kata Ganti Nama Tanyaapa, siapa, mana
Kata Ganti Nama Diri Pertamasaya, aku, hamba, daku, abang, adik, ayah, patik, beta, teman, along, mak, abah, pacal yang hina
Kata Ganti Nama Diri Keduaawak, engkau, dinda, abang, adik, cikgu, tuan, puan, cik, tuan hamba, tuanku, you, mu, hang
Kata Ganti Nama Diri Ketigadia, beliau, mereka, kumpulan itu, pasukan itu

Contoh sahaja: Dalam klip di atas, anda adalah kata ganti nama diri kedua. Saya pula ialah kata ganti nama diri pertama.

2 comments:

  1. mohon halalkan yerr,,sye gunakan bahan ini utk pelajar saya...terima kasih

    ReplyDelete
  2. laman blog yang sangat berguna dgn nota yang ringkas dan padat

    ReplyDelete