GAPENA ditubuhkan untuk:
- Menyatupadukan penulis-penulis tanahair yang menulis dalam Bahasa Kebangsaan
- Mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan penulis
- Memberikan sumbangan moral dan material secara kolektif kepada tujuan dan cita-cita Gabungan
- Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka
- Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal iaitu Bahasa Melayu
- Mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih di mana-mana sahaja dalam Malaysia dan luar negara, dan bagi menyempurnakan tujuan ini Gabungan bolehlah menubuhkan apa-apa entiti, syarikat, badan korporat atau yayasan; dan
- Berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Aktiviti GAPENA
Antara aktiviti GAPENA adalah seperti berikut:- Mengeluarkan majalah/lidah rasmi
- Mengusahakan penerbitan karya penulis dalam rangka memperkaya kesusasteraan dan ilmu pengetahuan
- Mewakili penulis tanahair dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan penulis di dalam a. persidangan dan pertemuan-pertemuan penulis di dalam dan luar negeri; b. jawatankuasa-jawatankuasa dan lembaga-lembaga terutama sekali yang ada hubungan dengan bahasa dan kesusasteraan
- Menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat membantu golongan penulis
- Menjalankan langkah-langkah yang difikirkan patut dari semasa ke semasa, sesuai dengan cita-cita Gabungan
Anggota GAPENA
GAPENA dianggotai oleh persatuan-persatuan penulis berbahasa Melayu seluruh Malaysia seperti berikut:- Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI)
- Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA)
- Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)
- Ikatan Persuratan Melayu (IPM)
- Lembaga Bahasa Melayu Melayu (LBM)
- Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS)
- Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM)
- Persatuan Kebajikan Penulis Selangor (KEMUDI)
- Persatuan Penulis Johor (PPJ)
- Persatuan Penulis Kelantan (PPK)
- Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)
- Persatuan Penulis Melaka (PENAMA)
- Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
- Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP)
- Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
- Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS)
- Persatuan Penulis Perlis (3P)
- Persatuan Penulis Selangor (PPS)
- Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA)
- Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA)
- Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA)
- Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA)
- Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA)
Antara Perjuangan GAPENA dalam Isu Bahasa
Pada 26 Ogos 2007 "Forum Merdeka: Sembang Kopi `O' Nasi Lemak" dianjurkan oleh Gapena dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) di Rumah Gapena. Kajian Gapena mendapati keghairahan menggunakan bahasa Inggeris oleh 500 buah institusi pengajian swasta di seluruh negara sekarang menjadikan seolah-olah bahasa itu bahasa utama negara. Hanya 10 % pelajar Cina belajar di sekolah kebangsaan dan bakinya 90 % memilih sekolah jenis kebangsaan Cina. Profesor Emiritus Datuk Dr Nik Safiah Karim menyatakan bahawa tidak wajar IPTA dan IPTS menggunakan Inggeris kerana bahasa Malaysia adalah bahasa pengantar utama dari sekolah rendah ke peringkat tertinggi.
Pada 20 Disember 2008, Gapena telah menganjurkan wacana "Dilema Melayu" dengan menjemput bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir bertegas dengan dasar PPSMI kerana pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris, ia tidak bermakna bahasa Melayu dipinggirkan. Identiti Melayu beliau tidak hilang dan beliau masih lagi boleh bercakap dalam bahasa Melayu. Takkan hilang Melayu kalau belajar dalam bahasa Inggeris.
Pada 23 Disember 2008, Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar menyatakan Gapena memberi tempoh sehingga 31 Disember 2008 untuk Kementerian Pelajaran Malaysia membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya. PPSMI telah dilaksanakan sejak 2003 dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menempelak Gapena kerana selama ini tidak dibantah keras .[5] AJK Gapena, Prof Datuk Dr Zainal Kling menyatakan bahawa analisis UPSR 2007 menunjukkan 30 % ( 140,000 pelajar) Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) gagal memahami langsung subjek Sains dan Matematik yang diajar menerusi sistem PPSMI. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan Kementerian memutuskan untuk mengekalkan atau tidak dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) selepas keputusan UPSR 2008
Pada 18 Jun 2009, Gapena menyokong cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan syarat PPSMI dimansuhkan.Gapena memberikan syarat iaitu kerajaan mestilah memansuhkan PPSMI, mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada semua peringkat pembelajaran serta memastikan tenaga pengajar Bahasa Inggeris terlatih mencukupi serta bersedia berkhidmat di luar bandar. Prasarana dan alat bantuan mengajar terutama di luar bandar mencukupi. Syarat lulus MUET untuk memasuki Pusat Pengajian Tinggi dibatalkan.Subjek Kesusasteraan Melayu dan Sejarah dimasukkan dalam kurikulum sekolah.
No comments:
Post a Comment